pengisian program
Program 'artSMart' siri 4 menawarkan aktiviti kesenian dan reka bentuk melalui perkongsian pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman dalam usaha memupuk rasa kecintaan dan keprihatinan peserta program terhadap
flora, fauna, dan alam semula jadi. Perkembangan daya kreativiti dan inovasi peserta menjadi intipati utama
bagi setiap aktiviti yang bakal dilaksanakan. Diantaranya adalah:

|
Animal Carnivale
Di dalam memastikan kemeriah dan kelangsungan program ini, peserta akan di bawa merasai pelbagai aktiviti kesenian, reka bentuk dan kraf tangan dalam bentuk karnival. Menerusi tema flora, fauna dan alam sekitar peserta akan mengasah pemikiran kreativiti, dan inovasi mereka menerusi konsep 'edutainment' atau riadah sambil belajar. |
Animals in Action
Dokumentasi merupakan salah satu kaedah mendidik generasi akan datang untuk menghargai flora dan fauna sebagai khazanah alam semula jadi. Kecenderung generasi kini dengan bahan berteknologi menjadikan proses dokumentasi lebih mudah dan berkesan. Aktiviti ini akan memberi peluang kepada peserta untuk merakamkan maklumat-maklumat penting mengenai haiwan melalui gambar foto mahupun video. Hasilan aktiviti ini bakal dipersembahkan sebagai karya seni kreatif bagi peserta yang terlibat. |
Young Naturalist Artist
Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan karya seni, khasya seni halus menggunakan bahan alam semula jadi. Haiwan akan menjadi subjek utama karya yang dihasilkan. Aktiviti ini bukan sahaja akan dapat mengasah bakat seni halus peserta, malah bakal menjadikan mereka lebih sensitif terhadap flora dan fauna sebagai subject matter yang dipilih. Hasilan aktiviti ini bakal dipersembahkan sebagai karya seni kreatif bagi peserta yang terlibat. |
Zookeeper the Creator
Peserta akan mengenegahkan bakat mereka dalam menghasilkan kraf kanak-kanak dengan menjadikan flora dan fauna sebagai subject matter. Penghasilan kraf kanak-kanak tersebut bakal menggunakan bahan semula jadi dan bahan kitaran semula. Selain dari memupuk semangat keperihatinan terhadap flora, fauna dan persekitaran, peserta juga bakal didedahkan kepada rasa ketanggungjawaban terhadap alam sekitar. Penghasilan produk kraf kanak-kanak ini dilihat mampu mengasah bakat kreativiti dan inovasi peserta. |
Daftar sebagai Peserta Program
Klik butang 'borang pendaftaran' untuk mendaftar sebagai peserta program 'artSMart' siri 4 ini.
Peserta bakal menerima t-shirt rasmi program 'artSMart' siri 4, satu tiket masuk ke Zoo Negara
pada tarikh program, dan peralatan menjalankan setiap aktiviti yang dirancang.
Daftar segera, jangan lepaskan peluang keemasan ini!