objektif program
Program 'artSMart' siri 4 ini telah memilih tema 'art in my nature'. Pemilihan tema ini dibuat atas usaha dan kesedaran warga Program Pendidikan Seni dan Seni Reka, Fakulti Pendidikan, UiTM dalam memelihara flora, fauna dan alam sekitar. Menerusi program khidmat komuniti sebegini, warga program akan berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka dalam bidang Pendidikan Seni dan Seni Reka kepada generasi muda. Selaku pendidik, usaha ini di rasakan bertepatan dengan keupayaan dan kemampuan mereka di dalam meneroka potensi dan kematangan mereka.
Di antara objektif khusus program 'artSMart' siri 4 adalah seperti berikut:
- mendedahkan masyarakat dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam usaha memelihara flora, fauna serta alam semula jadi sebagai khazanah negara menerusi program khidmt masyarakat;
- memupuk rasa kecintaan dan keprihatinan masyarakat terhadap flora, fauna serta alam semula jadi;
- membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama dalam suatu komuniti dikalangan masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan kepercayaan;
- menyediakan platform kepada rakan-rakan industri dan organisasi untuk sama-sama meyumbang kepada usaha menghargai flora, fauna serta alam semula jadi menerusi program khidmat masyarakat;
- mengangkat pusat-pusat tarikan pelancongan sebagai institusi pendidikan menerusi program pelancongan pendidikan, pelancongan pelajar, dan pelancongan sukarelawan; dan
- melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat, alam sekitar dan negara.
Daftar sebagai peserta program
Klik butang 'borang pendaftaran' untuk mendaftar sebagai peserta program 'artSMart' siri 4 ini.
Peserta bakal menerima t-shirt rasmi program 'artSMart' siri 4, satu tiket masuk ke Zoo Negara
pada tarikh program, dan peralatan menjalankan setiap aktiviti yang dirancang.
Daftar segera, jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Peserta bakal menerima t-shirt rasmi program 'artSMart' siri 4, satu tiket masuk ke Zoo Negara
pada tarikh program, dan peralatan menjalankan setiap aktiviti yang dirancang.
Daftar segera, jangan lepaskan peluang keemasan ini!