Latar belakang program
Program ‘artSMart’ telah mula diperkenalkan sejak tahun 2006. Dahulunya program ini dikenali dengan nama ‘art clinic’, sebelum dijenamakan semula dengan nama ‘artSMart’ pada tahun 2014. Di antara projek terdahulu program ‘artSMart’ adalah:
Digerakan sepenuhnya oleh pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar program Pendidikan Seni dan Seni Reka, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), program ‘artSMart’ diperkenalkan dengan tujuan berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada masyarakat luar mengenai pelbagai bidang dalam seni visual. Program ini turut dirangka bagi melahirkan generasi yang cinta dan celik seni, sekaligus mengangkat mertabat seni dan pendidikan di kalangan masyarakat. Selain dari program berbentuk khidmat masyarakat, program ‘artSMart’ turut bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar dari pelbagai peringkat (sekolah mahupun pengajian tinggi) mengenai bidang pendidikan, khasnya dalam bidang pendidikan seni dan seni reka.
Daftar sebagai peserta program
Klik butang 'borang pendaftaran' untuk mendaftar sebagai peserta program 'artSMart' siri 4 ini.
Peserta bakal menerima t-shirt rasmi program 'artSMart' siri 4, satu tiket masuk ke Zoo Negara
pada tarikh program, dan peralatan menjalankan setiap aktiviti yang dirancang.
Daftar segera, jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Peserta bakal menerima t-shirt rasmi program 'artSMart' siri 4, satu tiket masuk ke Zoo Negara
pada tarikh program, dan peralatan menjalankan setiap aktiviti yang dirancang.
Daftar segera, jangan lepaskan peluang keemasan ini!